
Anugerah Juara Lagu ke 25 baru sahaja berlalu dan keputusan untuk kategori-kategori yang dipertandingkan juga sudah kita ketahui melalui siaran langsung daripada TV3 dan ada juga rakan yang berkesempatan untuk menyaksikan acara gilang gemilang ini secara "live" di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur. Sebanyak 14 lagu telah berjaya sebagai finalis:
1. Hanyut (Faizal Tahir)/Audi Mok&Faizal Tahir
2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir AF8)/Edy Abdul Halim
3. Noktah Cinta (Hafiz AF7)/Ajai & Shah Qalam
4. Drama King (MUH feat Black)/Taja & Tun Teja
5. Ku Ada Kamu (Adira AF8)/Edry Abdul Halim
6. Cinta Sempurna (Yuna)/Yuna
7. Pelita (A.P.I)/Loque
8. Berlari (Tomok)/Audi Mok, Shazee Ishak & Tomok
9. Sofea Jane (Black)/Sham Kamikaze, Iswandy & Farril
10. Mencari Konklusi (Hujan)/Noh Hujan
11. Selamat Malam (Faizal Tahir)/Audi Mok & Faizal Tahir
12. Extravaganza (Bunkface)/Sam Bunkface
13. Jahat (Stacy)/Edry Abdul Halim
14. Tolong Ingatkan Aku (Ana Rafali)/Ana Rafali
Berbagai andaian dan tekaan para peminat namun berikut adalah keputusan yang telah dimuktamadkan oleh para hakim yang diketuai oleh Sifu M. Nasir:
*Vokal Terbaik -Hafiz/Noktah Cinta
*Persembahan Terbaik -Faizal Tahir/Hanyut
*Tempat Ketiga -Noktah Cinta (Hafiz)
*Tempat Kedua -Drama King (Meet Uncle Hussin feat Black)
*Juara -Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
Apa pun tekaan serta ramalan kita tetapi keputusan telah dibuat dan ianya adalah MUKTAMAD!