Juara : Aizat (Pergi)
Naib Juara : Yuna (Dan Sebenarnya)
Tempat Ke-3 : Faizal Tahir (Bencinta)
Vokal Terbaik : Black (Tak Ingat..)
Pers. Terbaik : Aizat (Kau Aku)
Walau pun AJL sudah berlalu tapi masih ada yang berbisik-bisik khususnya mengenai keputusan AJL ini. Berikut adalah cadangan keputusan oleh peminat AJL.
Johan : Aizat (Pergi)
Naib Johan : Yuna (Dan Sebenarnya)
Tempat Ke-3 : Hafiz (Masih Jelas)
Vokal Terbaik : Faizal Tahir (Bencinta)
Pers. Terbaik : Stacy (Pakai Buang)
Apa pun, ini cuma pandangan peminat seni hiburan tanah air. Keputusan juri professional telah pun dimuktamadkan. Kita yakin bahawa industri hiburan tanah air tetap akan berkembang pesat meskipun dihambat oleh kelembapan ekonomi negara. Yang pasti, tetap ada yang datang dan tetap ada yang akan pergi sinonim dengan lagu Aizat yang telahpun dinobatkan sebagai Juara sempena Anugerah Juara Lagu 2009. Pergi......